KEADAAN trafik sesak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Pantai Timur selepas satu kemalangan membabitkan 11 kenderaan dilaporkan berlaku sebentar tadi.
Menerusi ciapan laman LPT Trafik, aliran trafik perlahan sepanjang 22.3 kilometer (KM) dari plaza tol Gombak hingga KM43.1 menghala ke timur berdekatan Gombak-Bukit Tinggi.


Difahamkan, kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan hampir dua jam.
Berdasarkan beberapa video tular di media sosial, nahas melibatkan 11 kenderaan termasuk lori berlaku di laluan bukit berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Genting Sempah. – Malaysiapost

