Parti Integriti umum bertanding PRN Johor

0
3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=5150262365018334&set=pb.100001038651606.-2207520000..&type=3

MAJLIS Pimpinan Tertinggi (Penaja) Parti Parti Integriti Negara Bangsa (Integriti) memutuskan untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Mohamad Ezam Mohd Nor, berkata Parti Integriti merasakan keperluan untuk membawa isu-isu membabitkan integriti yang semakin parah di negara ini dalam PRN Johor dan Pilihan Raya Umum (PRU) yang mendatang.

“Kami sedia kerjasama dengan mana-mana pihak yang serius mahu membawa isu integriti dan rasuah secara fokus dan bersungguh-sungguh dalam pilihanraya.

“MPT (Penaja) Parti Integriti juga mensasarkan bertanding di kerusi yang ditandingi oleh parti-parti berasaskan kaum seperti Pejuang, Umno, MCA, MIC dan parti seumpama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Ezam berkata, rakyat perlu memulakan usaha memartabatkan integriti dan membetulkan negara dengan menolak politik yang menggunakan kaum sebagai alat dan sandaran mendapatkan sokongan.

Tambah beliau, pendekatan dan taktik usang itu juga sekali gus meminggirkan persoalan utama seperti Integriti.

“Kami juga ingin menegur obsesi masa kini dimana parti-parti politik berlumba-lumba mengangkat pemimpin muda.

“Usia seperti juga kaum tidak harus menjadi kayu ukur utama memilih pemimpin. Banyak negara maju seperti Jepun , Korea dan lain-lain menonjolkan pemimpin tua dan negara mereka jauh lebih maju,” katanya lagi.

Beliau berkata, persoalan utama kepimpinan bukan kepada kaum, usia, dan gender tetapi kepada integriti yang ada pada setiap pemimpin itu.

“Malaysia menuju kehancuran hari ini berpunca daripada nilai-nilai integriti yang hilang di kalangan hampir semua pemimpin politik dalam negara ini sekarang. Kita mesti serius dan fokus menjulang integriti!,” ujarnya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here