Rakyat persoal kegagalan kerajaan tangani kenaikan harga barang – Mat Sabu

0
3

KENAIKAN harga barang dan makanan antara isu utama dibangkitkan rakyat, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Beliau berkata perkara itu dibangkitkan penduduk Johor ketika beliau turun padang bertemu rakyat setakat ini.

“Dalam sembang-sembang santai, majoriti rakyat membangkitkan soal kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barang dan makanan.

“Peniaga sukar menjual kerana margin terlalu kecil, manakala pengguna tidak mampu membeli apabila harga semakin mahal,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu beliau turun padang beramah mesra bersama warga Batu Pahat sambil mengedar limau sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Dalam hantaran berasingan, Mohamad ketika merasmikan Pejabat Amanah Kawasan Labis, mengingatkan petugas parti itu untuk bekerja keras dan gigih menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here