Annuar bayar sewa rumah warga emas untuk setahun lagi

0
2

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memberi ‘angpau’ kepada warga emas, Leong Choong Keong dengan melanjutkan bantuan sewa bulanan kediamannya untuk tempoh setahun lagi.

Annuar berkata, beliau bersetuju
untuk melanjutkan bantuan tanggungan sewa bulanan kediaman warga emas itu, yang sepatutnya berakhir April ini, untuk tempoh setahun lagi sehingga April 2023, selepas mengetahui beliau masih belum ada mata pencarian lagi.

“Kebetulan nak raya ni (Tahun Baharu Cina), saya datang. Saya seronok juga datang tengok rumah beliau masih dalam keadaan bersih, mengambil kira beliau pernah duduk dalam keadaan yang sangat daif sebelum ini, dan beliau sangat jaga kebersihan rumah ini.

“Dulu dia ada seorang kakak tapi telah meninggal dunia, jadi beliau tiada mata pencarian. Oleh itu, saya akan tanggung (sewa bulanan rumah) setahun lagi sehingga 2023,” katanya selepas menyampaikan bantuan Tahun Baharu Cina kepada Leong di kediamannya hari ini.

Tahun lepas, Leong, 66, ditemui menghuni pondok usang yang hanya berbumbung zink reput serta berdindingkan kain selimut dan plastik.

Leong, sebelum ini didapati tinggal di dalam pondok usang di kelilingi semak di kawasan Kampung Baru Salak Selatan.

Nasibnya itu mendapat perhatian Annuar yang ketika itu Menteri Wilayah Persekutuan, dengan membantu menanggung bayaran deposit dan sewa bulanan rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here