10 kematian baharu akibat Covid-19

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menanam pokok sebagai penanda selepas selesai mengebumikan jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 12 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 31,940 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiga daripada 12 kematian yang dilaporkan adalah berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 47,805 kes aktif Covid-19 di seluruh negara termasuk 124 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 70 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi proses kuarantin, sebanyak 40,749 individu atau 85.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 4,042 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 4,409 kes sembuh turut dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 2,770,663 kes.

Kes baharu yang dilaporkan semalam adalah 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,850,408 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here