Lelaki mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh alkohol, lawan arus

0
2

SEORANG pemandu didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta, hari ini atas dakwaan memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dalam kemalangan susulan memandu secara melawan arus pada 14 Januari lalu.

Lelaki berusia 39 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibenarkan dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 44 (1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata dalam kejadian jam 4 pagi 14 Januari lalu, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua dan Volkswagen.

Menurutnya, kemalangan berlaku di Lebuhraya Connaught menghala ke Kajang berhampiran Plaza Sentral, Cheras.

“Ketika kenderaan Perodua dipandu lelaki berusia 30 tahun menghala ke Kuala Lumpur sampai ditempat kejadian telah bertembung kenderaan Volkswagen yang dipandu secara melawan arus dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa berusia 30 tahun mengalami kecederaan parah, manakala pemandu Volkswagen tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ujian alkohol telah dijalankan terhadap pemandu yang memandu secara melawan arus berkenaan dan telah direman sebelum dituduh di mahkamah, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here