Neelofa akui gementar, menghitung hari bersalin

0
2

SELEBRITI popular, Noor Neelofa Mohd Noor mengakui gementar untuk melalui proses bersalin cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.

Menurut Neelofa, dia dan suami, Haris Ismail atau PU Riz, 26, sudah pun membuat persediaan bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka itu yang dijangka pada bila-bila masa.

“InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini. Saya tengah menghitung hari. Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.

“Daripada segi persiapan kena belajar banyak perkara. Saya baca buku-buku dan bertanya pada orang. Barangan baby pun semua dah siap,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon orang ramai mendoakan agar proses kelahiran dipermudahkan dan berhalan dengan lancar.

“Saya bakal melahirkan anak ini di Kuala Lumpur, terima kasih kepada yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan.

“Rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu merasai pengalaman mengandung dan melahirkan, itu satu perjalanan yang cukup berbeza,” katanya.

Neelofa dan PU Riz disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here