
SEBANYAK 27 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,723 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, sembilan daripada 27 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 39,913 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 32,703 individu atau 81.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,659 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 3,322 kes dirawat di hospital dan 229 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
