Bomba bantu murid tersepit kemaluan pada zip seluar

0
2

SEORANG murid lelaki terpaksa menahan ‘seksa’ apabila kemaluannya tersepit zip seluar sekolahnya hingga terpaksa dibawa ke klinik dalam kejadian di Kimanis, Sabah pagi tadi.

Khidmat pasukan Bomba dan Penyelamat Kimanis turut digunakan bagi membantu melonggarkan bahagian yang tersepit dan dirawat di Klinik Kesihatan Membakut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata maklumat berhubung kejadian diterima pada jam 9.52 pagi.

“Setibanya dilokasi kejadian didapati benar terdapat seorang budak sekolah lelaki umur lingkungan 8 tahun tersepit kemaluannya di zip seluar.

“Pasukan bomba bertindak memotong zip tersebut dan melonggarkan bahagian yang tersepit,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here