Pelanggan berebut barang promosi, pasar raya dikompaun

0
2

PENGURUS sebuah pasar raya di Sitiawan, Perak dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung yang berebut ketika mendapatkan minuman promosi di premis berkenaan pada Jumaat lalu.

Kompaun itu dikenakan susulan dua video masing-masing berdurasi 11 saat dan 30 saat yang tular di Facebook semalam, memaparkan sekumpulan pelanggan berebut mendapatkan minuman harga promosi di pasar raya terbabit.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu antara jam 9 pagi hingga 9.30 pagi.

“Pihak pengurusan pasar raya terbabit telah dipanggil oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Manjung untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu pada 2 petang semalam.

“Satu kompaun telah dikeluarkan ke atas pengurus pasar raya tersebut dengan nilai tawarab kompauan RM1,000 atas perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) iaitu gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung di dalam premis mengikut Akta 342,” katanya dalam satu kenyataan.

Nor Omar berkata, orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan perlanggaran SOP boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here