JUMLAH kematian harian akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 23 kes dengan empat daripadanya adalah kes kematian luar hospital (BID).
Berdasarkan data dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak wabak berkenaan melanda negara kini mencecah 31,678 kematian.
Daripada jumlah itu, korban diklasifikasikan sebagai BID adalah seramai 6,390 kes.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,927 kes aktif dilaporkan, termasuk 148 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 117 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 2,714 kes sembuh turut dilaporkan, manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan setakat ini adalah 2,786, 219kes. – Malaysiapost

