Banjir di Johor kian pulih, jumlah mangsa menurun

0
2

JUMLAH mangsa banjir di Johor kian menurun kepada 3,872 orang daripada 1,090 keluarga di 56 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi tadi.

Jumlah itu menurun berbanding seramai 4,233 mangsa daripada 1,191 keluarga di tempatkan di 56 PPS, dilaporkan jam 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan dalam kenyataan hari ini, berkata banjir di Segamat dijangka semakin pulih apabila 1,884 orang daripada 514 keluarga masih ditempatkan di 33 PPS pagi ini.

Beliau berkata, angka itu menurun berbanding 2,231 mangsa daripada 622 keluarga di 33 PPS, malam tadi.

Katanya, di Tangkak, mangsa daripada 209 keluarga di 11 PPS, pagi ini, berbanding 814 mangsa daripada 230 keluarga di 12 PPS, malam tadi.

“Bagaimanapun, Muar masih menunjukkan peningkatan iaitu seramai 1,188 mangsa daripada 346 keluarga di 10 PPS, pagi ini, berbanding hanya 1,114 mangsa daripada 318 keluarga di sembilan PPS, malam tadi.

“Walaupun Batu Pahat masih mengekalkan jumlah sama pada pagi ini berbanding malam tadi, namun ia menunjukkan peningkatan iaitu 74 mangsa daripada 21 keluarga di dua PPS, berbanding 54 mangsa daripada 18 keluarga di sebuah PPS, jam 4 petang semalam.

“Pada masa sama, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan amaran ribut petir atau hujan lebat dijangka berlaku di Mersing, pagi ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here