Budak 4 tahun cedera kaki tersepit eskalator

0
1

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun cedera selepas dua jari kaki kirinya tersepit pada eskalator, dalam kejadian tengah hari, semalam.

Kejadian jam 12.30 tengah hari itu berlaku di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan, ketika mangsa dan ibu bapanya dari aras bawah menaiki eskalator untuk ke tingkat satu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali, berkata secara tiba-tiba, kaki kiri mangsa tersepit pada eskalator menyebabkan berlaku kecederaan pada jari kaki kiri.

“Mangsa dibantu beberapa pengunjung yang kebetulan berada di lokasi untuk mengeluarkan bahagian yang tersepit,” katanya seperti dilapor, Berita Harian.

Mohd Suhaimi berkata, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana cedera di jari kelingking serta tengah.

Dalam video berdurasi 24 saat yang tular sejak semalam, memaparkan kejadian seorang kanak-kanak perempuan tersepit kaki pada eskalator dan dibantu beberapa pengunjung sebelum didukung ibunya sebaik bahagian kaki yang terlekat itu berjaya dikeluarkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here