SEBANYAK 16 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,644 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, dua daripada 16 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 39,697 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 32,528 individu atau 81.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala 3,546 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 3,369 kes dirawat di hospital dan 254 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 114 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

