Covid-19: 31 lagi kes kematian direkodkan

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia mula mencangkul tanah untuk menanam jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 31 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM), setakat tengah malam tadi.

Ini sekali gus merekodkan jumlah kematian disebabkan pandemik itu di kepada 31,591, daripada 2.76 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di Malaysia

Berdasarkan data KKM di portal COVIDNOW, sembilan daripada 31 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital atau brought in dead.

Menurut portal itu, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here