Pesawat ringan dikhuatiri terjunam

0
2

SEBUAH pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga, Pulau Pinang sekitar jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada saksi memaklumkan dia bersama rakannya ternampak pesawat ringan itu terhempas ke dalam laut.

“Polis bersama beberapa agensi sudah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan itu.

“Namun, sehingga jam 6.30 petang ini, kami tidak menemui sebarang petunjuk atau bangkai pesawat seperti yang didakwa terhempas,” katanya seperti dilapor BH.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, sehingga kini polis belum menerima laporan berhubung insiden pesawat terhempas dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Katanya, operasi dihentikan kira-kira jam 7 petang berikutan cuaca gelap.

“Ia akan disambung esok sekiranya kita mendapat maklumat baharu mengenai kejadian itu.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, kami memang tidak menerima sebarang laporan daripada keluarga mangsa.” katanya.-Malaysiapost