Anwar yakin dapat sokongan jadi PM

0
1

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau boleh mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini, beliau boleh mendapat sokongan majoriti.

“Dia (Lim Guan Eng) beri pandangan, tak apa kita dengar pandangan tak ada masalah, dia (DAP) beri laluan (pilih Datuk Seri Shafie Apdal jadi Perdana Menteri), kalau saya tak boleh (jadi Perdana Menteri).

“Jawab saya, saya boleh, insha-Allah,” kata Anwar seperti dilaporkan Malaysiakini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sekali lagi mencadangkan
Presiden Warisan menjadi calon Perdana Menteri sekiranya Anwar gagal mendapat sokongan. – Malaysiapost