172 kes baharu VOC dikesan di negara ini

0
2
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

SEBANYAK 172 kes baharu varian membimbangkan (VOC) telah dilaporkan dari 25 Disember lalu sehingga hari ini, dengan varian Delta (B.1.617.2) mencatatkan angka tertinggi iaitu 170 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain Delta, terdapat dua kes baharu varian Omicron (B.1.1.529).

” ‘The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenal pasti 107 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

” Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) telah mengenal pasti 40 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

“Manakala Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenal pasti 23 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

“Dan Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenal pasti dua kes baharu yang kedua-duanya adalah varian Omicron (B.1.1.529),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 5,480 kes.

Katanya, daripada jumlah yang dikesan tersebut, 5,460 kes adalah VOC, manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 5,151 kes varian Delta; 233 kes varian Beta; 14 kes varian Alpha; dan 64 kes varian Omicron.

“Bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta; empat kes varian Kappa; dan tiga kes varian Eta,” katanya.

Kes positif Covid-19 varian VOC Delta di Kelantan mencatatkan 60 kes, Perak (41), Pulau Pinang (34), Johor (13), Negeri Sembilan (6) dan masing-masing lima kes di Pahang dan Melaka serta tiga di Terengganu dan Kedah.

Manakala Sarawak mencatatkan dua kes Omicron. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here