SEBANYAK 43 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di empat daerah di Johor melibatkan Segamat, Tangkak, Kota Tinggi dan Kluang.
Berdasarkan data aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri berkenaan adalah 2,458 orang membabitkan 656 keluarga setakat jam 6.32 petang tadi.
Jumlah itu terdiri daripada 1,826 dewasa, 567 kanak-kanak dan 65 bayi.
Menurutnya, ia juga termasuk 296 warga emas dan 25 orang kurang upaya (OKU)
Kesemua PPS yang dibuka adalah membabitkan empat jajahan iaitu 39 di Segamat, dua di Kota Tinggi, serta masing-masing satu di Tangkak dan Kluang.
Di Negeri Sembilan pula mencatat jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu seramai 2,107 mangsa daripada 572 keluarga dipindahkan yang terdiri daripada 1,282 dewasa, 749 kanak-kanak, 22 bayi, 141 warga emas dan 15 OKU.
Ia membabitkan 20 PPS dibuka melibatkan lima daerah di Jelebu, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Rembau setakat jam 6.27 petang tadi
Sementara itu, secara keseluruhan keseluruhan 149 PPS dibuka susulan banjir yang melanda enam negeri sejak 18 Disember lalu dengan jumlah mangsa dipindahkan adalah 8,980 orang daripada 2,558 keluarga.
Pahang pula mencatat jumlah mangsa iaitu 1,675 orang daripada 504 keluarga membabitkan 48 PPS, manakala Melaka seramai 1,521 mangsa daripada 397 keluarga di 19 PPS yang masih dibuka.
Sabah pula mencatatkan seramai 1,082 mangsa daripada 387 keluarga di 17 PPS, Terengganu seramai 137 mangsa daripada 42 di dua PPS. – Malaysiapost

