Amaran hujan berterusan kategori bahaya di Pahang, Johor

0
1

AMARAN hujan berterusan kategori bahaya untuk empat daerah di Pahang membabitkan Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta seluruh Johor sehingga esok.

Menurut Jabatan Meteorologi
(MetMalaysia), dijangkakan berlaku hujan lebat berterusan lebih 150 millimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Selain itu, amaran hujan lebat yang berterusan buruk meliputi Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran di bawah tahap jingga iaitu ramalan hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

“Amaran sama dikeluarkan untuk bahagian Sabah meliputi Sandakan, Telupid, Beluran dan Kudat, termasuk Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut MetMalaysia, di Kelantan, amaran ribut masih dikeluarkan untuk enam jam akan datang walaupun dengan penutupan rasmi pusat perlindungan banjir sementara terakhirnya awal hari ini.

“Negeri-negeri Pantai Timur lain di bawah amaran kuning termasuk Terengganu dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub), serta beberapa bahagian di Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Sandakan).

“Ia juga meramalkan ribut petir dalam tempoh enam jam di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim), Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here