Kes harian Covid-19 turun ke angka 2,000 

0
2

KES harian Covid-19 kembali turun di bawah angka 3,000 apabila melaporkan 2,882 kes hari ini. 

Angka ini menunjukkan penurunan sebanyak 504 kes berbanding 3,386 dilaporkan semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,764,354 kes sejak wabak berkenaan melanda negara. 

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my 

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Sebelum itu, jumlah kes harian Covid-19 melepasi angka 3,000 selama lima hari berturut-turut bermula 29 Disember lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here