ALIRAN trafik Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) hala ke timur dilaporkan mengalami kesesakan teruk akibat kemalangan di Kilometer (KM) 47.6 berdekatan Bukit Tinggi.
Berdasarkan kemas kini di laman sosial Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), kesesakan berlaku selepas sebuah lori terbabas dan menghalang sebahagian besar laluan.

“Terdapat lori terbabas melintang di KM47.6 hala timur (Bukit Tinggi). Hanya laluan sempit di laluan kecemasan boleh dilalui ketika ini.
“Pengguna dinasihat untuk memperlahankan kenderaan dan mematuhi arahan lalu lintas di kawasan terbabit,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

