Gadis 17 tahun dicekup khalwat ketika ambang tahun baru

0
2

SEORANG pelajar perempuan memberi alasan terpaksa bermalam di sebuah hotel bajet di bersama dua lelaki kerana hujan dan tidak dapat bermalam di pantai mengikut perancangan asal ketika diberkas Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), awal pagi tadi.

Remaja berusia 17 tahun itu mendakwa tiba di Melaka jam 11 malam tadi dengan membonceng motosikal rakan lelaki sekolahnya juga berusia 17 dan berkonvoi bersama seorang kenalan lelaki dari Seremban.

Bagaimanapun dakwanya, cuaca hujan tanpa henti semalam menyebabkan mereka terpaksa mengubah perancangan menempah satu bilik untuk bermalam kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk menempah dua bilik berasingan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka Akmal Nadzim Abdullah

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka Akmal Nadzim Abdullah, berkata remaja terbabit adalah antara tujuh individu yang ditahan dalam Op Ambang Tahun Baharu di sebuah hotel bajet, di Melaka awal pagi tadi.

Menurutnya, mereka yang ditahan adalah membabitkan empat lelaki dan tiga wanita berusia 17 hingga 25 tahun.

Katanya, operasi membabitkan seramai 18 penguatkuasa agama JAIM itu, bermula pada jam 12.15 tengah malam dan berakhir jam 3 pagi yang menyasarkan beberapa buah hotel bajet sekitar Melaka yang sering menjadi sasaran pasangan muda bersekedudukan tanpa ikatan sah.

“Antara yang ditahan adalah dua remaja mudah berusia 17 tahun yang mendakwa rakan sekolah bersama remaja lelaki berusia 19 tahun yang datang berkonvoi menaiki dua buah motosikal di sebuah hotel bajet di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal jam 1.09 pagi.

“Turut ditahan adalah wanita Indonesia berusia 25 tahun bersama pasangan yang didakwa tunangnya berusia 23 tahun dihotel sama selain satu lagi pasangan lain juga mendakwa sudah bertunang,” katanya ketika ditemui media selepas operasi pagi tadi.

Tambahnya, kesemua mereka kemudian dibawa ke pejabat JAIM dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) sebelum dibebaskan dengan jaminan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here