3 pemandu mabuk ditahan dalam operasi malam tahun baharu

0
2

TIGA individu ditahan di sekatan jalan raya di Pandan Perdana Ampang sempena ambang tahun baharu selepas dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol.

Kesemua pemandu terbabit ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya yang menjalankan Op Mabuk.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, memaklumkan pemandu yang dipercayai mabuk terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya untuk siasatan lanjut.

“Dalam penugasan khas Op Mabuk yang dijalankan pada malam tadi dan berakhir awal pagi tadi seramai tiga individu telah berjaya di tahan atas kesalahan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu memandu dibawah pengaruh alkohol.

“Mereka ditahan semasa melalui Sekatan Jalan Raya Trafik (Op Mabuk ) di Jalan Perdana 6/2 Pandan Perdana , Ampang.

“Ujian EBA II (Evidential Breath Analyzer II) yang dijalankan mendapati  masing-masing menunjukkan keputusan tahap kandungan alkohol dalam darah yang melebihi had yang ditetapkan iaitu hanya 50mg/100ml yang dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, dalam operasi berkenaan sebanyak 58 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di lokasi sama.

“Orang awam adalah diingatkan supaya tidak memandu atau menunggang semasa di bawah pengaruh alkohol kerana perbuatan mereka hanya akan membahayakan nyawa sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here