DATUK Seri Mohamed Azmin Ali berkata perpaduan dan kesatuan adalah ramuan kejayaan yang lebih manis untuk Malaysia bagi menghadapi tahun baharu 2022.
Menerusi hantaran ringkas di Twitter menjelang tahun baharu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengajak rakyat berdoa memohon keselamatan dari musibah serta negara dikurniakan kemakmuran ekonomi.
“Bersempena Tahun Baru 2022, marilah kita bermunajat kepada Allah SWT memohon keselamatan umat daripada bencana dan musibah, mendoakan kemakmuran ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat yang berkekalan.
“Perpaduan dan kesatuan adalah ramuan kejayaan yang lebih manis untuk Malaysia,” katanya menerusi ciapan itu. – Malaysiapost

