16 PPS dibuka di Kelantan, 1,070 mangsa banjir

0
1
grafik

SEBANYAK 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di tiga daerah di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Tanah merah.

Berdasarkan data aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri berkenaan adalah 1,070 orang membabitkan 346 keluarga setakat jam 4.19 petang tadi.

Jumlah itu terdiri daripada 719 dewasa, 307 kanak-kanak dan 54 bayi.

Menurutnya, ia juga termasuk 76 warga emas dan lima orang kurang upaya (OKU).

Kesemua PPS yang dibuka membabitkan tiga jajahan iaitu enam di Jeli dan sembilan di Kuala Krai dan satu di Tanah Merah.

Manakala di Terengganu, tiga PPS dibuka melibatkan dua di Dungun dan satu di Kemaman.

Setakat jam 3.43 petang tadi seramai 443 mangsa daripada 123 keluarga dipindahkan terdiri daripada 320 dewasa, 101 kanak-kanak, 12 bayi, dua warga emas dan seorang OKU.

Secara keseluruhan 54 PPS dibuka susulan banjir yang melanda lima negeri sejak 18 Disember lalu dengan jumlah mangsa dipindahkan adalah 3,931 orang daripada 1,228 keluarga.

Pahang pula mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,290 orang daripada 723 keluarga membabitkan 32 PPS, manakala Selangor seramai 97 mangsa daripada 27 keluarga di dua PPS yang masih dibuka.

Negeri Sembilan pula mencatatkan seramai 29 mangsa daripada Sembilan keluarga di satu PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung PUOM yang dibuka sejak 20 Disember lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here