PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama sebahagian daripada 5,000 Skuad Sukarelawan Penjawat Awam, hari ini.
Menurutnya, kesemua skuad tersebut akan menyemai bakti membantu mangsa banjir dalam operasi pasca banjir di seluruh negara.
“Saya beri kata-kata semangat dan penghargaan kepada semua yang terlibat.
“Terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Y.Bhg Tan Sri Zuki Ali; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Y.Bhg Tan Sri Khairul Adib dan seluruh pentadbiran awam atas usaha murni ini untuk Keluarga Malaysia,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Malaysia mengalami banjir besar dan tanah runtuh di beberapa kawasan dan negeri yang dicetuskan oleh hujan lebat dengan sekurang-kurangnya 48 orang dilaporkan terkorban, lima masih hilang, setakat ini. – Malaysiapost

