Isteri Aliff Syukri turut positif Covid-19

0
3

ISTERI usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Shahida turut disahkan positif Covid-19.

Berita itu dikongsikan Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd Rashid menerusi Instagram miliknya, dan turut memuat naik surat rasmi dari klinik yang mengesahkan dia positif Covid-19.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kesemua anaknya tidak dijangkiti virus tersebut.

“Ramai menanti. Baru dapat keputusan petang ini (petang semalam), kontak rapatkan, saya pun positif juga.

“Alhamdulillah anak-anak semua sihat. Doakan saya cepat sembuh,” tulisnya yang kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Sebelum itu, Aliff terlebih dahulu dijangkiti Covid-19 tahap tiga, selepas mereka pulang bercuti dari Turki dan menerima rawatan di sebuah hospital.

Aliff, 34, dalam satu perkongsian di laman Instagramnya semalam memaklumkan dia kini ditempatkan di hospital untuk rawatan rapi serta memohon orang ramai mendoakannya kembali pulih.

Namun perkongsian Aliff itu diselar ibunya sendiri, Bonda Rozita Ibrahim apabila membuat naik hantaran yang disifatkannya untuk meraih simpati orang ramai selepas dirawat di hospital kerana positif Covid-19 tahap tiga.

Susulan itu, orang ramai menyangka Aliff hanya mahu membuat gimik, dan situasi tersebut membuatkan beliau memberikan penjelasan bagi menggelak salah faham.

“Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital empat sehingga lima hari yang lepas dan sekarang masih di wad hospital di Damansara, Selangor.

“Bukan sekadar gimik ya, memang saya tak nak beritahu sesiapa waktu saya tengah lemah sangat, kini sudah beransur pulih barulah saya muat naik video tersebut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here