Pemuda Umno bukan penghasut – Asyraf Wajdi

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa beliau bukanlah penghasut rakyat dalam isu pengeluaran RM10,000 i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, apa yang diperjuangkan adalah tuntutan rakyat yang kini terdesak susulan pandemik Covid-19 dan ditambah dengan bencana banjir yang melanda negara.

“Saya dan Pemuda Umno hanya memperjuangkan tuntutan rakyat dan mengangkat suara mereka yang susah dan terdesak mohon pengeluaran kali terakhir KWSP RM10,000, bukannya penghasut rakyat!” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau merujuk kepada artikel penulisan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang diterbitkan di Berita Harian hari ini.

Tengku Zafrul dalam artikelnya itu, mengatakan terdapat beberapa pihak yang lantang melobi untuk dibenarkan sekali lagi pengeluaran simpanan KWSP.

“Perlu saya ulangi, idea ini pertama sekali dicetuskan oleh kerajaan berdasarkan pertimbangan dan perkiraan yang rapi.

“Suara yang hari ini sibuk menghasut rakyat tidak terbabit sama sekali dalam perhitungan dan keputusan berkenaan.

“Mereka mengambil kesempatan mengeksploitasikan perkara ini sebagai modal untuk menyelar pihak KWSP dan kerajaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak-pihak yang dikatakan menjadi penghasut berhubung pengeluaran simpanan KWSP berkenaan, namun ramai mengetahui bahawa beberpa kepimpinan Umno antara yang lantang membangkitkan isu berkenaan terutama Asyraf Wajdi.

Pemimpin Umno lain yang turut mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran kali terakhir i-Citra itu adalah Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here