Misi bantuan banjir: Maklum kerajaan negeri untuk tujuan keselamatan

0
2

MENTERI Besar Selangor tampil memberi penjelasan mengenai kenyataannya sebelum ini yang meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi dan sukarelawan menyertai misi bantuan banjir supaya memaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Menurut Datuk Seri Amirudin Shari, ramai pihak mengulang ciap kenyataannya itu yang disiarkan sebuah portal tanpa membaca kenyataan penuh.

Beliau menjelaskan, pemakluman itu harus dibuat bagi tujuan keselamatan agar pihak berkuasa tahu siapa yang masuk ke kawasan banjir.

“Kedua bagi tujuan koordinasi agar bantuan tidak hanya tertumpu ke sesuatu kawasan sahaja.

“Keselamatan adalah asas utama. Saya dimaklumkan pihak polis ada sukarelawan yang turut menjadi korban, kita ucapkan takziah namun perkara ini tidak boleh berulang.

“Isu permohonan bantuan juga saya telah minta permudahkan namun kita tak boleh kompromi isu keselamatan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu pelbagai pihak melahirkan rasa tidak puas hati susulan kenyataan Amirudin yang meminta NGO, agensi dan sukarelawan menyertai misi bantuan banjir di Selangor supaya memaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here