Ramalan banjir di Kelantan, Terengganu 30, 31 Disember

0
2

PUSAT Ramalan dan Amaran Banjir Negara memaklumkan kemungkinan berlaku banjir di Terengganu dan Kelantan pada 30, 31 Disember ini.

Susulan Ramalan Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 25 Disember lalu, model ramalan banjir menunjukkan kemungkinan berlaku banjir di beberapa kawasan di dua negeri tersebut.

Di Terengganu jangkaan banjir berlaku Sungai Dungun, Kampung Pasir Raja dengan aras air dijangka melepasi aras bahaya.

Kawasan rendah di daerah Dungun serta kawasan sekitarnya berisiko mengalami banjir.

Sementara di Kelantan, aras air Sungai Galas di Limau Kasturi; Sungai Galas di Dabong dan Sungai Kelantan di Kuala Krai dijangka melepasi aras bahaya.

Kawasan rendah di daerah Gua Musang dan Kuala Krai serta kawasan sekitarnya berisiko mengalami banjir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here