MySJ Trace kesan kes positif Covid-19 guna bluetooth

0
1

SATU ciri tambahan baharu bagi aplikasi MySejahtera dikenali sebagai MySejahtera Trace atau MySJ Trace diperkenalkan bagi mengesan kontak rapat bagi kes Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ciri MySJ Trace tersebut mengesan kes positif virus Covid-19 menggunakan teknologi Bluetooth.

“Satu ciri baharu MySJ diperkenalkan dalam update terkini. ‘MySJ Trace’ menggunakan Bluetooth untuk mengesan kontak rapat yang juga mengguna ciri yang sama.

“Ciri tersebut akan memberi maklumat secara ‘live’ bilangan interaksi dengan pengguna lain yang juga aktifkan MySJ Trace,” katanya dalam ciapan Twitter.

Tambahan ciri baharu tersebut dilancarkan atas kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Fungsi ciri baharu itu bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate and Support (FTTIS), iaitu satu daripada program pemantauan KKM dalam aktiviti pencegahan dan mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Orang awam dinasihati mengemas kini aplikasi MySejahtera bagi mengaktifkan fungsi MySJ Trace itu dan ia boleh dimuat turun bermula 25 Disember. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here