Tengku Zafrul, tolong baca komen rakyat – Najib

0
1

DATUK Seri Najib Razak hari ini meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membaca komen-komen rakyat berhubung kesusahan dialami mereka yang diluahkan menerusi laman sosial.

Bekas Perdana Menteri itu berkata rakyat menuntut pengeluaran RM10,000 menerusi i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana bukan sahaja tertekan akibat pandemik Covid-19, malah terbaharu susulan banjir melanda negara baru-baru ini.

“Pandemik + Lockdown separuh masak berbulan-bulan, kenaikan harga (barang) dan banjir.

“Ramai pula bagaikan jatuh ditimpa tangga akibat musibah banjir.

“Tengku Zafrul, tolong lah baca komen-komen rakyat dalam FB (Facebook) sendiri,” kata Najib menerusi hantaran di laman sosial miliknya.

Beliau turut berkongsi hantaran Facebook Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyatakan rakyat bukan suka-suka menuntut pengeluaran RM10,000 itu.

Menurut Asyraf Wajdi rakyat yang sudah sememangnya berdepan pelbagai kesukaran, kini ibarat jatuh ditimpa tangga disebabkan banjir yang melanda negara minggu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here