ATM kerah 500 anggota bersih kawasan banjir

0
2

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengerahkan 500 anggota untuk menggerakkan proses bantuan pasca banjir kerja-kerja pembersihan di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dan Kampung Bukit Lanchong, Subang Jaya.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata pihaknya akan menumpukan kepada fasiliti awam seperti rumah ibadat dan sekolah yang terjejas teruk akibat banjir.

Beliau berkata, sebelum ini seramai 109 keanggotaan telah digerakkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan pada Sabtu pihaknya melakukan penambahan menjadikan 500 anggota untuk membantu kerja-kerja pembersihan.

“Mereka yang kita gerakkan adalah ‘backhoe’ dan ‘tipper’ serta aset tambahan lain yang sesuai dengan kerja-kerja ini diselaraskan bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Kita kini memberi tumpuan di dua lokasi ini dan juga lokasi lain di Pahang yang terjejas banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lokasi bencana di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, hari ini.

Mengulas mengenai banjir di Pahang, beliau berkata, pihaknya menggerakkan beberapa aset yang mempunyai mobiliti lasak seperti trak tujuh dan tiga tan yang mampu meredah banjir selain bot tempur ATM.

Katanya, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut meninjau dan melawat kawasan berkenaan semalam.

“Dalam pada itu, kita turut atur gerak anggota di kawasan lain di negeri berkenaan termasuk Maran, Kuantan, Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Pekan, Bentong dan Bera.

“Atur gerak ATM membabitkan 16 pegawai dan 206 anggota di seluruh negeri berkenaan.

“Pada masa ini, ATM di Pahang banyak menggerakkan aset mempunyai mobiliti lasak dan sesuai digunakan bagi tujuan pengangkutan seperti trak tujuh dan tiga tan yang boleh meredah banjir, selain penggunaan bot tempur ATM,” katanya.

Selain itu, Affendi berkata, ATM masih mengekalkan kekuatan 63 pegawai dan 856 anggota termasuk kumpulan sokongan menerusi Op Murni di seluruh negara.

“Turut dikekalkan kekuatan 1 kompeni (pasukan) iaitu lima pegawai dan 97 anggota yang diletakkan dalam keadaan kesiapsiagaan di setiap negeri untuk digerakkan ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan tambahan.

“ATM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sekunder yang juga adalah antara peranan yang kita laksanakan, selain memikul tugas utama menjaga kedaulatan tanah air.

“Di Pahang buat masa kini atur gerak ATM adalah di Maran, Kuantan, Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Pekan, Bentong dan Bera melibatkan 16 pegawai dan 206 anggota,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here