390 kes positif Covid-19 dikesan di PPS banjir

0
2

KES positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir susulan bencana yang melanda beberapa negeri sejak Sabtu lalu adalah sebanyak 390 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun setakat jam 3 petang hari ini, tiada kes baharu yang dilaporkan membabitkan mangsa banjir.

“Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi adalah 384 PPS membabitkan tujuh negeri iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, WP Kuala Lumpur, dan Melaka 

“Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir adalah 61,264 orang dan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir sebanyak 390 kes, manakala tiada kes baharu positif Covid-19 dikesan di PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, menurutnya sebanyak 180 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang dilaporkan setakat ini.

“Bilangan kes yang dilaporkan adalah jangkitan saluran pernafasan Akut (ARI) iaitu 80 kes: penyakit kulit dengan 57 kes; Acute Gastroenteritis (AGE) 42 kes dan konjunktivitis satu kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here