Waspada ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini – PM

0
1

ORANG ramai diingatkan supaya berwaspada dengan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) luruan monsun pada 27 hingga 29 Disember ini di mana hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat.

“Saya telah mengerahkan semua agensi bertanggungjawab sentiasa bersedia dan berwaspada sekiranya kita menghadapi gelombang kedua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, pasukan keselamatan telah diletakkan secara strategik di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

“Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 hingga 29 Disember 2021.

“Bersama-sama kita bersedia menghadapi sebarang dugaan dan mengambil iktibar dari pengalaman sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here