Banjir ragut 37 nyawa, 10 dikhuatiri hilang

0
2

BENCANA banjir besar yang melanda tujuh negeri ketika ini telah meragut 37 nyawa dengan 10 lagi dikhuatiri hilang. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata dalam tempoh 24 jam sehingga semalam sahaja, lima kematian melibatkan seorang kanak-kanak dan satu lagi mangsa direkodkan hilang.

“Di seluruh negara, bencana banjir mengakibatkan 37 mangsa (terkorban) dan 10 lagi mangsa masih dilaporkan hilang,” katanya di pos kawalan bencana di Shah Alam, hari ini. 

Beliau berkata, seramai 68,341 mangsa banjir direkodkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negara yang melibatkan 18,080 keluarga setakat ini di tujuh negeri, dengan Pahang yang paling teruk terkesan.

Ditanya mengenai keputusan bedah siasat mengenai punca kematian, Acryl berkata, memandangkan ada di antara mangsa yang ditemukan di tingkat atas rumah, beliau menjelaskan pihaknya masih belum menerima laporan forensik.

Untuk rekod, sebanyak tujuh negeri yang terjejas akibat banjir iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here