Tolak bahasa isu banjir, Azhar terkhilaf tafsir peraturan mesyuarat – Peguam

0
1

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun didakwa terkhilaf dalam membuat keputusan apabila menolak tuntutan Ahli Parlimen untuk membahaskan isu banjir besar yang melanda negara pada sidang Parlimen, Isnin lalu.

Peguam Haniff Khatri Abdull, berkata Azhar memetik peraturan 18 Mesyuarat Dewan Rakyat bagi menyokong keputusannya menolak usul itu, yang menetapkan bahawa Ahli Parlimen mesti memberi notis bertulis sekurang-kurangnya 24 jam sebelum membawa usul tergempar untuk perbincangan.

Bagaimanapun, Haniff berkata memandangkan perkara itu terdesak, Speaker mempunyai budi bicara di bawah Peraturan 100 Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengetepikan keperluan notis 24 jam.

Katanya, terutama apabila satu-satunya perkara dalam agenda Parlimen pada hari itu untuk bacaan kali kedua iaitu, cadangan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), telah ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

“Baki sesi pagi dan keseluruhan sesi petang untuk persidangan pada 20 Disember, masih ada berbaik hampir empat jam untuk membolehkan isu banjir besar dibahaskan dibenarkan untuk dibahaskan, tanpa mengganggu pun mana-mana agenda mesyuarat Dewan Rakyat. Yang sudah pun selesai,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, Peraturan 100 berbunyi: “Semua perkara yang tidak diperuntukkan secara khusus dalam peratutan ini dan semua soalan yang berkaitan dengan kerja terperinci peraturan ini hendaklah dikawal dengan cara sedemikian, tidak bercanggah dengan peraturan ini, seperti yang diarahkan oleh (Spekaer) dari semasa ke semasa.”

Mengulas lanjut Haniff berkata, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata Azhar telah menjadi ‘terlalu literal’ dalam mentafsir perintah tetap.

“Sejak bila usul lisan tidak dibenarkan dalam keadaan mendesak? Malah di mahkamah, dalam keadaan istimewa, usul lisan boleh diterima,” kata Hanipa yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang).

Semalam, media melaporkan, Azhar menafikan beliau menolak usul membahaskan isu banjir pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Isnin lalu.

Azhar menjelaskan bahawa bagi hal-hal tergempar dan diperlukan untuk dirundingkan secara tergempar, satu usul di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 18 (1) perlu dibuat kepada beliau iaitu sehari awal, sebelum persidangan berlangsung.

Terdahulu, pada hari terakhir sidang Parlimen, Azhar dilaporkan menolak permintaan Ahli Parlimen blok pembangkang dan kerajaan membahaskan isu berhubung situasi banjir yang melanda negara ketika ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here