PNB umum dividen ASB 5.00 sen

0
1

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan 5.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria, berkata pengagihan pendapatan itu merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit.

Katanya, kadar agihan itu secara keseluruhannya menyamainya kadar pada tahun lalu.

“Pengagihan pendapatan bagi tempoh 2021 membabitkan pembayaran kepada pemegang unit berjumlah RM8.9 bilion kepada 10.4 juta pemegang unit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB secara maya hari ini.

Penangguhan urus niaga bagi unit ASB bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022.

Pemegang unit ASB boleh mula melakukan urus niaga mereka bermula 3 Januari 2022. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here