Mohd Shafie nafi takut dengan Musa Aman

0
2

“SEJAK bila saya takut dengan bayang-bayang dia (Tan Sri Musa Aman)? Itu dia yang cakap,” kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata demikian untuk menegaskan beliau tidak takut dengan bekas Ketua Menteri Sabah berkenaan. 

“Itu dia yang cakap. Saya tidak takut dengan bayang siapa-siapa pun.

“Apa yang penting sekarang ini ialah kita akan menghadapi dan lawan mereka dalam pilihan raya negeri (PRN). Jadi, saya tidak perlu layan dia.

“Dia (Musa) jangan berlindung di belakang tabir. Mahu rebut kuasa dengan gunakan wang semata-mata,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian. 

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Rakyat Papar bertempat di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Musa berkata, Shafie seolah-olah takut dengan bayang-bayangnya dengan menfitnah, menghina dan mengaibnya ketika berkempen.

Musa dipetik berkata, Shafie tidak perlu risau memandangkan beliau bukannya calon yang akan bertanding pada PRN Sabah. -Malaysiapost