Wanita gigit sampai putus kemaluan lelaki cuba merogolnya

0
1

[ DUNIA ] SEORANG wanita menggigit kemaluan seorang lelaki yang didakwa ingin merogolnya di rumahnya di Miguel Alves, Selatan Brazil, 5 September lalu.

Hanya dikenali sebagai Bruna, wanita itu mengatakan dia berada di bilik tidurnya bersama seorang lelaki lain, ketika perogol itu masuk dan menyerang mereka.

Berdasarkan laporan Agensi yang memetik Daily Mail, penyerang itu dikenali sebagai Pedro itu adalah bekas teman lelaki dan juga jirannya.

Dalam serangan itu, Bruna mengatakan Pedro memasuki bilik tidurnya dalam keadaan bogel dan menolaknya jatuh di atas katilnya dipercayai untuk melakukan serangan seksual, sementara lelaki yang bersamanya berusaha menolak Pedro.

Dan ketika itu, Bruna berjaya menggigit kemaluan Pedro tanpa disedarinya. Daily Mail melaporkan bahawa Pedro dikejarkan ke hospital berikutan kemaluannya terputus, malangnya doktor tidak dapat menyambungnya kembali.

Kejadian itu menjadi tajuk utama di Brazil. Bruna yang diwawancara pelbagai media mendedahkan dia dirogol sebanyak dua kali ketika kecil dan enggan menjadi mangsa buat kali ketiga.

Bagaimanapun, Pedro berkata, serangan itu tidak diprovokasi dan tidak sepatutnya perkara itu berlaku ke atasnya.

Sementara itu, polis sedang menyiasat kes berkenaan dan keputusan masih belum selesai sama ada satu atau kedua-duanya akan didakwa. – Malaysiapost