Projek neutralisasi terbukti gagal – Safee Sali

0
2

PROJEK neutralisasi yang dilancarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2018 terbukti tidak menguntungkan Harimau Malaya. 

Bekas penyerang berbisa negara, Safee Sali berkata, kegagalan Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF 2020 membuktikan projek berkenaan tidak membuahkan hasil apabila skuad kendalian Tan Cheng Hoe terkandas di peringkat kumpulan. 

“Tahniah Garuda (Indonesia). Kita harus mengakui kekalahan. Harimau Malaya perlu membuat post mortem untuk mengenal pasti masalah yang ada.

“Bagi saya, sejak projek pemain naturalisasi diperkenalkan, ini menjadi punca terbesar pasukan negara,” tulisnya di Instagram. 

Dalam saingan Piala AFF 2020 skuad negara diperkuatkan empat pemain neutralisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula, Junior Edstal, dan Dion Cools. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here