Pemandu treler korban 10 nyawa didakwa esok

0
2

PEMANDU treler yang terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan 10 individu termasuk sembilan beranak di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada 18 Disember lalu akan didakwa esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata suspek berusia 37 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret 3 Shah Alam pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu pemandu itu direman Sabtu lalu selama empat hari, yang berakhir esok bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan treler dipandunya dan tiga kereta hingga menyebabkan 10 mangsa maut.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu dan lapan anaknya, serta seorang lelaki.

Kemalangan kira-kira 12.09 tengah malam itu berlaku ketika kereta Proton Wira dinaiki mereka berhenti di tepi jalan lebuhraya kerana mengalami kerosakan.

Namun, sebuah treler dipercayai telah merempuh kereta mangsa dan kereta dipandu seorang mekanik serta sebuah Perodua Axia.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here