Jutawan guna kereta RM3 juta bantu mangsa banjir

0
1

SEORANG ahli perniagaan tidak lokek menggunakan kenderaan mewahnya, Mercedes Brabus G700 6×6 yang dikatakan bernilai lebih RM3 juta untuk membantu mangsa banjir.

Perkara itu dikongsikan di Facebook MalDef yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada jutawan terbabit yang dikenali sebagai Datuk Seri Sunny Ung.

“Harga sebuah menurut laporan paultan.org, RM3.2 juta (tidak termasuk cukai). Model ni sangat unik dan jarang jumpa di jalanan.

Datuk Seri Sunny Ung menggunakan kenderaan jenis Mercedes Brabus G700 6×6 miliknya semasa membantu mangsa banjir.

“Datuk Seri Sunny salah seorang pengumpul kereta di Malaysia. Katanya memang beliau selalu ambil bahagian mana mana acara amal dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

“Justeru, MalDef ucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Sunny, pasukan keselamatan, penyelamat, daripada semua cabang, para sukarelawan yang membantu mangsa banjir. Semoga murah rezeki kalian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here