Amanah Ikthtiar Malaysia salur bantuan RM100,000 untuk Sahabat AIM

0
1

SEBANYAK RM100,000 disalurkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi membantu mangsa banjir khususnya Sahabat AIM yang terkesan akibat fenomena Mousun Timur Laut melanda beberapa negeri sejak Sabtu lalu.

AIM dalam kenyataan berkata, bantuan diumumkan Pengerusinya, Datuk Shabudin Yahaya itu akan disalur dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan lain-lain.

“Selain bantuan RM100,000 berkenaan yang akan disalurkan menerusi kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, AIM juga menyediakan tabung khas untuk Sahabat yang dilanda musibah.

“Menerusi Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) berkenaan, ia membolehkan Sahabat membuat tuntutan mengikut kadar ditetapkan jika terkesan dalam kejadian banjir ataupun kemusnahan kediaman,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sehingga hari ini, seramai 9,206 Sahabat AIM di Selangor, Pahang, Kelantan, Sabah, Terangganu, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Johor terkesan akibat banjir besar berikutan hujan tanpa henti sejak Jumaat lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here