PRN Sarawak: Helikopter bawa Abang Johari terpaksa mendarat cemas

0
3

HELIKOPTER yang membawa Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan rombongannya terpaksa membuat pendaratan cemas di Padang Kawad Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu, berkata ia susulan cuaca buruk dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.

Abang Johari bersama isterinya, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, pengawal dan pembantu peribadinya dilaporkan berada di dalam helikopter itu, lapor Borneo Post Online.

Difahamkan, Abang Johari, yang bertanding DUN Gedong dalam perjalanan pulang ke Kuching ketika hujan lebat, sekali gus memaksa helikopter itu mendarat di UNIMAS.

Menyentuh hari pengundian hari ini, Aidi berkata, beliau berpuas hati dengan disiplin dan komitmen yang ditunjukkan anggotanya yang bertugas.

Tedahulu, Aidi melawat beberapa pusat mengundi di Kuching dan Padawan untuk melihat sendiri tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here