MB Selangor nasihat penduduk waspada

0
1

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menasihati orang ramai terus berwaspada susulan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang menjangkakan hujan berterusan di negeri itu sehingga esok.

“Amaran terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan lebat akan berterusan di Selangor. Ambil langkah berwaspada,” katanya menerusi Facebook.

Dalam hantaran sama, Amuridin turut berkongsi laporan MetMalaysia itu berhubung amaran hujan lebat berkenaan.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Selangor sehingga esok.

Keadaan itu dibimbangi akan memburukkan lagi kejadian banjir di negeri itu terutama daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Media melaporkan, seramai 3,086 mangsa banjir dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Ia membabitkan daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang ekoran hujan lebat tanpa henti sejak semalam.

Pengarah Bomba negeri, Norazam Khamis berkata, di Klang sebanyak 20 PPS dibuka dengan membabitkan 2,604 mangsa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here