Bayaran Fasa 3 BKC RM300 bermula Isnin

0
2
Bazar Ramadan kelihatan meriah dengan kunjungan orang ramai dan juadah-huadah yang menarik hari ini di Bazar Taman Tun Dr Ismail.

PEMBAYARAN Fasa 3 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) sebanyak RM300 akan dibuat Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran fasa 3 itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion membabitkan 3.8 juta penerima isi rumah kategori Miskin dan B40.

“Namun sebelum itu, seperti semua sedia maklum, pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC telah diselesaikan pada September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, dengan pembayaran tersebut, maka lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion.

“Ia menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Orang ramai yang ingin membuat semakan status kelulusan BKC boleh dilakukan melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, warga Keluarga Malaysia juga boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here