22.78 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi

0
2
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

SERAMAI 25.51 juta individu atau 78.1 peratus daripada populasi keseluruhan di negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.4 peratus atau 25.92 juta daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 22.78 juta individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Manakala, 98.6 peratus atau 23.10 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.76 juta individu atau 86.6 peratus telah melengkapkan dua dos.

Terdapat pertambahan 129,387 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi, serta sebanyak 120,390 bagi dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 55.03 juta dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here