Pekerja pembersihan jumpa mayat bayi dalam tong sampah

0
1

SEORANG pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terkejut apabila menemui mayat bayi dalam tong sampah berhampiran tempat letak kenderaan bertingkat di flat Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui kira-kira jam 5.50 petang semalam.

Muhammad Idzam, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam yang menjumpai mayat bayi tersebut.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang ini kemudian dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan tiada tangkapan dilakukan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584 atau datang ke balai polis berhampiran,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here